Thursday 17 March 2016

Lama rasanya jari tak menari di blog ni.

Sekarang sibuk menyiapkan katalog untuk biskut raya 2016

Harga kami sangat munasabah.

Sekali rasa pasti beli
Tak sedap, wang anda dikembali

Ajen atau wakil jualan dialu-alukan

Katalog dan pelancaran Biskut Raya 2016 akan diadakan pada 23hb April 2016, InsyaAllah.

antara produk raya tahun 2016




dan banyak lagi!

Kepada sesiapa yang berhajat untuk kumpul duit raya tuh, jangan lupa hadir ke majlis kami yang akan diumumkan nanti nntuk tahu lebih lanjut.

Nak tahu pasal harga? Jangan risau...harga mampu milik .....


Boleh juga tel/wsp/sms : 012-269 5538 / 016- 723 8618 untuk sebarang pertanyaan.


Jangan tak percaya. ini bukan cubaan....ini betul-betul kejadian! hehehe.


Tunggu pengumuman kami yerk.


RM20.00 - 28.00 @ 50-55pcs


Ok. semoga berjumpa lagi.




Royal Drop Cookies


Thursday 28 January 2016

Dapatkan produk halal keluaran muslim di MyMarket MAEPS, Serdang

Pelbagai produk dan servis yang boleh anda perolehi dengan harga yang giler.

Jom ramai-ramai ke MAEPS, Serdang
29hb Jan 2016 - 31hb January 2016
10.00 pagi - 10.00 malam






Antara usahawan yang giat memperjuangkan usaha membekalkan produk bumi yang halal dan bersih untuk anda.

Kerana, kami sayangkan anda!









Dari Royal Drop Cookies

Aktiviti Awal Tahun 2016 - MyMarket, MAEPS Serdang



Jemput beramai-ramai ke MyMarket di Dewan A, MAEPS Serdang
Pada 29hb Jan - 31hb Jan 2016
Bermula Jam 10.00 pagi hingg 10.00 malam









Royal Drop Cookies

Kelas Kek Bajet 2016


Assalamua'laikum sahabat maya

Seronok berkongsi idea, pengalaman dan ilmu bersama.

Disamping menambah bilangan kawan.

Harap ilmu yang sedikit dapat di manfaatkan untuk menambah pendapatan. 







Royal Drop Cookies

Tuesday 22 December 2015

KELAS KEK BAJET YANG SANGAT SEDAP


Assalamua'laikum sahabat maya

Tahun 2016 akan tiba beberapa hari saja lagi.

Menurut banyak pakar ekonomi, kita akan merasa bahang tekanan ekonomi yang lebih parah.

Kenapa tidak kita mulakan perubahan ekonomi keluarga kita terlebih dahulu?

Kenapa tidak ubah perkara yang kecil untuk kita dapat peluang yang lebih besar? Fikir-fikirkan.

Saya nak kongsi dengan sahabat :-

***  Ilmu baking kek bajet yang sangat sedap
***  Teknik yang betul baking apa saja kek. 
      Buat... confirm jadi :)
***  Cara pemasaran terbaik untuk menjual kek sahabat -
      homemade & handmade
***  Mulakan bisnes secara kecil-kecilan dirumah.



JOM LEPAK BERSAMA KAMI DI 
MINI FACTORY
ROYAL DROP COOKIES


Tel/SMS : 012- 269 5538 

kepada yang berminat dan berhasrat merubah ekonomi mereka.

Pelbagai tawaran dan diskaun untuk anda yang hadir ke kelas kami.



Kenapa anda patut hadir ke kelas kami?

1. Anda buat/masak sendiri 
2. Segala peralatan disediakan
3. Hanya perlu bawa pen untuk menulis nota
4. Ruang kelas yang sangat selesa
5. Ruang solat disediakan
6. Makan tengahari disediakan
7. Menerima pelbagai tawaran dan promosi


Tel/SMS : 012- 269 5538

SEKARANG!




Royal Drop Cookies



Tuesday 24 November 2015

Eksklusif untuk anda.

Atas permintaan ramai disamping menghargai sokongan anda terhadap produk 'drop cookies' paling sedap kami, Produk kudapan kami telah dipelbagaikan.

Anda kini boleh menikmati 'drop Cookies' kami yang paling sedap ini dalam pelbagai size.

Lupakan snek yang boleh memudharatkan kesihatan. Gantikan dengan kudapan yang berkhasiat serta enak untuk seisi keluarga.








Hubungi stokis dan ajen kami yang sangat dedikasi sekarang. Tak rasa tak tahu!

'Drop Cookies'  paling sedap dari Royal Drop Cookies

1. Stokis Abg Z - 010 8656 760 (Gombak)
2. Stokis En Nurin - 016 723 8618 (Bt Caves)
3. Stokis En Rizal - 012 347 9676 (Puchong)
4. Stokis Pn Rose - 019 995 1002 (Kajang / Bangi)
5. Stokis Nur Cahaya - 012 338 4010 (Banting / Nilai / Sepang)
6. Stokis Jue - 019 270 1141 (Ampang)
7. Stokis Pn Eina - 011 1079 4591 (Port Dickson)



Royal Drop Cookies

Monday 16 November 2015

Kisah bermula.....

Asalnya bidang masakan bukan passion saya. Baking, mungkin ada sebab selalu tolong mak buat kuih raya. Seronok bermain dengan warna-warna dan pelbagai  acuan kuih raya.
Saban hari mak sering bercerita, si polan si polan belajar buat talam, si polan si polan belajar buat roti, si polan si polan belajar buat coklat dan banyak lagi si polan tuh belajar.
Dalam kepala langsung tak ada minat untuk belajar benda-benda tuh semua. Monolog sendiri, “nak buat apa belajar tuh semua?’

Sampai satu tahap, zaman kegilaan choc moist cake. Sana sini orang sibuk belajar dan post pasal choc moist cake. Sampai masa, zaman choc moist cake dah sejuk, barulah saya pun sibuk nak belajar buat kek. Saya mohon pada sahabat  baik, sekampung dan membesar bersama untuk share resepi choc moist cake. Saya tahu dia ada buat kelas kek dan biskut. Saya pun tak kisah andai saya perlu hadir ke kelas beliau dan membayar RM180.00 untuk harga resepi kek tuh. Malangnya sahabat saya menyuruh saya google ajer resepi tuh. Pada hemat saya kalau nak belajar perlu GURU.

Saya kecewa dengan sahabat ini…..sangat kecewa sebab saya tidak minta secara percuma. Saya sanggup bayar untuk hadir kelas beliau.
Kemudian saya google juga…hehehee…lain yang dicari lain pula yang saya jumpa. Saya jumpa kelas membuat kek. Saya ditemukan dengan guru yang sangat bagus. Guru yang minta saya belajar ‘baking’ untuk berniaga bukan belajar untuk suka-suka.
Hati belum terbuka untuk berniaga. Bagi saya biar ilmu penuh didada. Tambahan lagi sudah terlalu ramai yang berniaga biskut dan kek nih.

Hampir 3 tahun mengenali guru ini  saya sangat hormat pada beliau kerana dia bukan seorang ‘penjual resepi’ tetapi dia mengajar saya buat duit dengan ilmu ‘baking’. Tapi saya tak ready lagi untuk berniaga.

Ramadhan baru-baru ini (Ramadhan 1436H) – Kebiasaannya ibu-ibu sudah mula membelek buku-buku resepi untuk persiapan kuih muih dan juadah raya tak terkecuali mak saya. Mak dapat tahu sepupu beliau ada resepi biskut kuaci yang sedap. Mak pun cuba minta resepi untuk dicuba. Tapi jawapan yang diterima mak sangat mengharukan beliau. Sepupu mak kata, “ Saya tak berani nak bagi resepi tuh la kak Ti. Kalau akak berani mintalah pada kak TUUUT….”.Saya ulang…Kalau Berani!

Balik kerja mak cerita pada saya. Saya pesan pada mak, lain kali jangan minta pada orang, sebab orang pergi kelas berbayar, tak akan orang nak bagi kita macam tuh jer?
Dalam hati saya, ilmu Allah pun nak kedekut (berbalik pada terma sedekah). Ilmu yng bermanfaat kenapa kita tak nak share? Takut orang lain lebih pandai? Tapi tak takut Allah tarik balik nikmat yang dah dikurniakan? Ingat sahabat…ILMU itu milik Allah….Tiada yang milik kita.


Setahun saya menjadi liker tegar Zon Kuliah. Ustaz Abdulllah Khairi, Ustaz Fawwaz  dan Ustaz Wadi merupakan ustaz favorite saya. Teman sebelum saya tidur. Ustaz ini sering mengingatkan saya untuk menanam saham akhirat. Saham yang paling tinggi return adalah menyebarkan ilmu. Mengajar sesuatu pada orang lain. Namun saya tak punya banyak ilmu untuk diajar. Nak buka tahfiz macam ustaz Abdullah Khairi jauh sekali.
Suatu pagi sesudah solat subuh saya berbual kosong dengan suami tentang perancangan hari tua. Sudah sampai masa, kita hidup memberi manfaat kepada orang lain. Kita nak kaya tapi bukan hanya untuk diri kita. Kita nak kongsi dan memberi sesuatu kepada orang lain.

Tadaaaa………

Saya tekad untuk berkongsi dan membantu sahabat diluar sana yang tidak ada sumber pendapatan atau mungkin ingin menambah pendapatan. Membantu mereka yang minat berniaga tetapi tiada barang untuk diniagakan atau peniaga yang tidak mempunyai modal yang besar dan mereka yang baru dalam dunia perniagaan.

Sukar untuk diungkapkan kata syukur. Seandainya saya ucapkan rasa syukur saya setiap saat mahupun setiap kerlipan mata sekalipun tidak mampu saya membayar nikmat Allah terhadap anugerah perniagaan ini.

Bersyukur, Allah bagi saya sedikit ilmu, keyakinan, ketabahan dan  kesihatan. Berkat hidayah dariNya saya usahakan Royal Drop Cookies – The Drop Cookies Experts.
Untuk pengetahuan sahabat, ketika kisah ini ditulis Royal Drop Cookies – The Drop Cookies Experts baru 5 bulan berada dipasaran.

Kami telah mempunyai Stokis yang sangat energetic dan bercita-cita tinggi di Sepang, Puchong, Kajang/Bangi, Gombak terbaru Port Dickson. Diperkuatkan lagi ajen dan wakil jualan di banyak kawasan. Terima kasih pada sahabat semua. Semoga Allah pandang usaha kita, menambah keberkatan rezeki dan umur serta di bimbing olehNya dalam menjalankan perniagaan sahabat semua. Perkenankan ya Allah.

Kami juga membekal produk Chocolate Chips kami untuk Rumah Anak Yatim Nur Iman bagi menampung perbelanjaan operasi rumah anak yatim ini. Semoga Allah menerima saham akhirat saya hendaknya, dengan berkongsi ilmu dan rezeki yang tidak seberapa.

Doakan saya dan Royal Drop Cookies agar terus berjaya dan terus memberi sumbangan selagi Allah pinjamkan nikmat yang sedikit ini kepada saya.

Saya akhiri kisah saya dengan sedikit pesanan dan perkongsian ilmu – sahabat, untuk berjaya perlu diiringi dengan niat. Pastikan niat kita betul. Nak kaya untuk apa? Seterusnya berusaha dan bertawakal.



Dedikasi kisah ini buat suami tercinta, anak –anak tersayang, mak abah, adik beradik dan semua ahli keluarga



Jangan lupa baca tips untuk berjaya di https://www.facebook.com/royaldropcookies/